Monday, December 29, 2008

Tips untuk memakai tudung bagi muka berbentuk bulat atau bersegi

Wajah bulat dan bersegi 


Wanita berwajah bulat disaran mengenakan tudung bersama tambahan sanggul tinggi di belakang kepala. 
sanggul tinggi dan bentuk anak tudung yang runcing di tengah dahi boleh membantu melembutkan bentuk wajah tidak sempurna seperti bersegi dan bulat.

Selendang yang dipakai tidak perlu dilipat di bahagian sisi wajah dan tarik bahagian tudung yang disemat pin berdekatan dagu bukan di leher. Dengan cara itu, bahagian rahang yang bersegi atau pipi yang berisi dapat disembunyikan. 

Aksesori seperti kerongsang juga memainkan peranan penting kerana pilihan kerongsang berbentuk runcing boleh memberikan ilusi wajah bujur. Pastikan juga lapisan hujung tudung membentuk V atau V senget di bahagian dada kerana bentuk runcing ke bawah boleh mempengaruhi bentuk wajah yang tidak sempurna kelihatan bujur.

Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik


2 comments:

Anonymous said...

mana boleh pakai sanggul tinggi macam bongol2 unta tu?? kan ada hadis yg melarang kita dari pakai macam tu. orang bertudung untuk tutup aurat,bukan ikut trend. beringatlah saudari

Anonymous said...

sanggul tinggi macam bongol2 unta tu, bukan ditujukan kepada wanita yg berfesyen tudung yg didalamnya ada sanggul. Fahamkan maksud hadis tu.islam tu universal, sesuai utk kehidupan kita.Jgn sempitkan pemikiran anda.Keseimbangan dunia dan akhirat, lebih diberkati!